Wacana @ Persada Keris Mas
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Saya mendoakan semua berada dalam keadaan sihat-sihat sahaja.
Disebabkan oleh sekretariat ini tidak pernah mengadakan apa-apa majlis sepanjang tahun ini, makanya, pengetua kolej pun memberikan kerja untuk mengadakan suatu majlis yang dinamakan Wacana @ Persada Keris Mas. Apa yang lebih merisaukan adalah waktu persiapan yang singkat iaitu seminggu sebelum tarikh majlis tersebut. Ditambah lagi dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah maka memang agak sibuk minggu itu. Tambahan lagi, tidak semua ahli sekretariat turun membantu persiapan. Namun, persiapan semua berjaya dilaksanakan.

Pada minggu persiapan, banyak kerja perlu dibuat. Sebagai contohnya persiapan untuk surat-surat memohon kebenaran penggunaan lokasi dan lain-lain lagi. Aku pun turut terlibat dengan persiapan ini kerana sekretariat ni orangnya memang sikit. boleh kira dengan jari je. Jumlah ahli lebih kurang 16 orang sahaja tapi tak semua terlibat kerana ada yang sibuk.
Pada hari kejadian, semua ahli sekretariat amat sibuk untuk persiapan terakhir seperti PA sistem dan banner. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit lain daripada tentatif program. Program dikendalikan dengan sangat baik dan dihadiri oleh 3 orang panel. Ini lah kali pertama aku secara langsung terlibat dengan sesuatu program. Fuhhh. Rupanya susah jugak nak membuat sesuatu program. Agak leceh kerana perlu siapkan banyak surat, kemudian kena susun atur kerusi dan meja dan lain-lain. Ini adalah pengalaman yang bermakna kepadaku.

Comments
Post a Comment