Laku ke jual top up?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Saya mendoakan semua berada dalam keadaan sihat-sihat sahaja.

        Semua orang perlukan top up untuk mengaktifkan telefon mereka. Top up sudah menjadi barang penggenap kepada telefon pintar. Tanpa top up, maka kuranglah fungsi telefon pintar mereka sedangkan untuk melanggan internet juga memerlukan top up. Kita semua tahu bahawa internet pada waktu kini sudah menjadi medan sosial kita semua samada untuk menjual barang, untuk berkomunikasi, dan lain-lain lagi. Maka, dapatlah dibuktikan bahawa top up merupakan suatu kewajipan pada semua orang.

        Lalu, kenapa timbul persoalan ini? Baiklah. Memang aku akui bahawa pada permulaan penjualan, memang sukar untuk kita mendapatkan pelanggan. Namun, dengan menjadi seorang student, aku mendapat ramai kawan dan prospek ku bertambah. Apabila mereka telah top up sekali, maka mereka akan mengulangi membeli denganku. Hal ini kerana servis yang pantas yang tidak perlu masa yang lama serta pembayaran boleh dilakukan apabila di dalam kelas.

        Memang ada mesin yang menjual top up. Namun, mesin itu mengecaj 20 sen untuk setiap transaksi sedangkan belian denganku tidak dikenakan sebarang caj. Untuk top up nilai RM10, hanya perlu membayar RM10 juga dan bukannya RM10.20. Maka, dapat dinyatakan disini bahawa dapat menjimatkan 20 sen. Walaupun nilainya kecil, namun, sekiranya anda top up 4 kali sebulan, makan 20 sen itu tadi sudah menjadi 80 sen. Setahun pula sudah menjadi RM9.60. RM9.60 boleh digunakan untuk makan.

        Gambar menunjukkan hasil keuntungan yang telah aku peroleh. Aku start jadi agent pada 9 Januari dan keuntunganku selama 6 bulan adalah RM100. Jika setahun, sudah cecah RM200. Tidak kira banyak atau sikit yang penting halal dan puas hati kerana dapat duit hasil usaha sendiri. Walaupun aku pemalu, aku ingin menjadi seorang yang berdikari dan ingin memperbaiki diri dari semasa ke semasa. Dengan join bisnes ni, aku harap aku dapat berdikari dan belajar sesuatu yang baru dalam dunia usahawan.

        Maka, apa tunggu lagi? Ayuh jadi agent top up sekarang! Duit komisen tidak nampak tetapi sebenarnya kita telah pun mendapat untung dengan menjadi agent top up.

Comments

Popular Posts