The Best Anime Ever ; One Piece

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Saya mendoakan semua berada dalam keadaan sihat-sihat sahaja.

        Pada perkongsian kali ini, aku ingin menceritakan tentang sebuah anime yang paling aku gemari. Anime yang telah lama bertahan dan masih berjalan, mempunyai character terbanyak dan keluasan cerita seluruh dunia. Nama anime tersebut ialah One Piece. One Piece adalah nama sebuah harta karun yang dicari oleh semua pirate dan tak terkecuali juga Strawhat Pirate. Strawhat Pirate adalah sekumpulan pirate baru yang sedang hangat diperkatakan oleh dunia dan kapten mereka adalah Monkey D Luffy yang bakal menjadi Pirate King.


        Dimana ada pirate, maka sudah tentu ada marine iaitu tentera laut yang menjaga keamanan lautan. Walaubagaimanapun, di dalam dunia One Piece, tidak semua pirate adalah jahat dan kejam. Ada sesetengah pirate yang hanya inginkan kebebasan dan ingin mengejar cita-cita mereka yang tidak membahayakan orang lain, dan ada juga yang ingin mengejar cita-cita mereka tetapi mementingkan diri sendiri dengan sanggup membunuh orang lain. Maka, baik jahat pirate itu adalah suatu pilihan. Bergantung kepada personaliti sesuatu kumpulan itu. Seperti kumpulan Strawhat Pirate, mereka masing-masing mempunyai cita-cita tersendiri  dan untuk mencapai cita-cita mereka, mereka bergabung dengan kumpulan ini dan saling mengharungi susah senang bersama-sama dalam mencapai cita-cita masing-masing.

        Anime ini jika kita lihat lebih mendalam, ianya bertemakan semangat setia kawan. Sang kapten akan melindungi para nakamanya dan nakamanya akan membantu sang kaptennya. Walaupun hanya seorang yang dalam kesusahan, nakama yang lainnya pasti akan menolong untuk menyelesaikan sesuatu masalah tersebut walau terpaksa berkorban darah sekalipun.

        Suatu perkara yang membuatkan anime ini lebih menarik adalah sebab orang yang membuat cerita ini yang bernama Eichiro Oda. Beliau merupakan seorang yang genius dan kreatif sehinggakan apa yang tidak kita jangkakan, boleh juga berlaku. Anime ini sepatutnya hanya 5 tahun sahaja bertahan seperti kebanyakan anime yang lainnya. Namun, disebabkan wujud watak-watak baru dan juga peranan-peranan baru, ianya membuatkan anime ini bertahan sehingga kini serta para peminat One Piece yang selalu memberi support kepada anime ini.

Comments

Popular Posts