Tanggungjawab Sekretariat Akademik dan Penerbitan

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Saya mendoakan semua berada dalam keadaan sihat-sihat sahaja.

        Dengan menyertai Sekretariat Akademik dan Penerbitan, maka aku telah memikul sebuah tanggungjawab yang agak besar. Sebagai seorang ahli sekretariat, kami perlu menjaga sebuah bilik di kolej yang dinamakan Pusat Wacana Ilmu. Bilik ini ala-ala perpustakaan mini dan juga tempat belajar yang kondusif, lengkap dengan aircond dan kerusi yang selesa.

        Terdapat 3 shift pada hujung minggu dan 1 shif pada hari biasa. 3 shift tersebut adalah pagi, petang dan malam manakala hujung minggu hanya dibuka pada waktu malam sahaja. Walaubagaimanapun, tempat ini sudah menjadi seperti rumahku sendiri. Aku selalu melepak dengan kawanku di sini. Kadang-kadang sehingga pada pukul 4 pagi. Maklumlah, kadang-kadang kunci PWI ini aku yang pegang.

Beanbag yang empuk sungguh selesa dibuat tidur XD

        Gambar menunjukkan aku sedang berbaring di bean bag yang besar dan selesa. Memang rasanya hendak tidur sahaja sekiranya baring di sini. Walaupun aku mempunyai tanggungjawab menjaga PWI bersama rakan-rakan sekretariat yang lain, namun aku enjoy je jaga tempat ni huhuhu.

Comments

Popular Posts