Raya Pertama
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Saya mendoakan semua berada dalam keadaan sihat-sihat sahaja.
Pada hari raya pertama, aku bangun pukul 6.20 dan terus menuju ke surau untuk solat subuh. Surau yang terletak berhampiran dengan rumahku itu tidaklah terlalu jauh. Lebih kurang dalam 2 minit berjalan. Selesai sahaja menunaikan solat di surau, aku pun pulang ke rumah dan bersarapan dahulu sebelum bersiap pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Aidilfitri di Masjid Pintas Puding, masjid yang selalu pergi pada hari jumaat.
Apabila pulang, aku dan keluarga menjamu selera dengan masakan ibuku. Walaubagaimanapun, raya pada tahun ini hanya kami berlima drpd tujuh orang ahli keluarga. Abangku yang sulung berayaa di rumah bahagian isterinya manakala abangku yang kedua pula tidak dapat balik kerana khuatirkan anak dalam kandungan isterinya. Namun demikian, abangku yang kedua tiba di pekarangan rumah pada pukul 11.30 pagi. Mungkin dia sengaja nak buat surprise. Oleh itu, raya tahun ini boleh dikatakan meriah tak seperti yang dijangkakan oleh ibuku yang mengatakan raya tahun ini tak bermakna kerana tidak semua ahli keluarga berkumpul bersama.
Pada waktu pagi, kami hanya duduk di rumah sahaja menanti tetamu hadir. Tiba sahaja waktu asar, kami semua terus bersiap untuk pergi beraya ke rumah adik beradik nenek. Walaupun kami telah ketiadaan nenek, namun kami mempunyai orang tua yang perlu dikunjungi. Ianya sudah menjadi tradisi buat kami untuk mengunjungi adik beradik nenek sejak dulu lagi.
Pada waktu malam juga kami menyambung beraya ke rumah atok usu yang duduk sendirian di rumahnya. Kami berbual sehingga pukul 10 malam. Seterusnya, kami pergi ke rumah mak cikku. Anak-anak buahku semuanya bermain dengan bola golf yang menghiasi ruang tamu rumah mak cikku itu hahaha. Selepas daripada itu, kami semua pulang ke rumah.
Anak-anak buahku yang seronok bertemu satu sama lain amat susah untuk diajak tidur. Masing-masing terus bermain bersama-sama. Last-last bila diorang dah penat, diorang tertido di ruang tamu pada pukul 1 lebih. Aku memang berada di ruang tamu kerana line laju di situ. Ketika aku sudah mengantuk, aku melihat mereka lena tidur di lantai. Aku pun mengambil toto yang agak tebal dan bentangkan di ruang tamu seterusnya mengangkat mereka untuk memberikan mereka lebih selesa untuk tidur. Seterusnya, aku pun tidur sahaja di sebelah mereka kerana aku pun sudah mengantuk. Pada tengah pagi, anak buahku yang paling kecil merengek. Tak lama kemudian, abangku datang dan mengangkatnya bawa masuk ke rumah untuk diberikan susu.

![]() |
| Beraya di rumah atok sedara |

Comments
Post a Comment