Raya Ketiga

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Saya mendoakan semua berada dalam keadaan sihat-sihat sahaja.

        Pada hari raya ketiga, aku dikejutkan oleh bapaku pada pukul 6.05 pagi yang dingin kerana sepanjang malam hujan. Aku menguatkan langkahku untuk mengambil wuduk dan terus ke surau bersama bapaku. Selesai solat subuh, aku pulang dan ibuku telah pun menyiapkan sarapan pagi untuk kami. Maklumlah pagi ni nak beraya rumah Nenek Usu kami di Kampung Mampan Batu Pahat. Perjalanan ke sana tidaklah terlalu jauh atau terlalu dekat. Kami pergi ke sana seramai 4 keluarga. Sampainya di sana, kami disambut oleh Nenek Usu dengan makanan dan minuman hari raya. Kami sampai di sana kira-kira pukul 11.30 pagi.

        Jam menunjukkan 12.45 tengahari. Semua kaum adam pergi ke masjid untuk menunaikan solat jumaat. Kami pergi ke masjid yang berhampiran. Tempatnya agak kecil tetapi selesa. Pulang sahaja daripada masjid, kami duduk lepak semula di rumah Nenek Usu dan pada pukul 3 petang, kami pun pulang ke rumah masing-masing untuk berehat dan membersihkan diri.


        Selepas asar, aku dan keluargaku keluar ke supermarket Target di mana tempat kerja akakku yang pertama. Walaupun hari raya, namun dia tetap bekerja. Maka, kami pun membuat keputusan untuk membeli barangan serta melawat dia hahahaha.





Pada waktu malam pula, aku dan keluargaku pergi ke Kluang untuk menghadiri majlis rumah terbuka saudaraku. Majlis bermula pada pukul 10 malam. Makanan yang disediakan sangat lazat antaranya ialah Chicken Chop. Kami pulang ke rumah pada pukul 12.05 tengah pagi. Ianya sangat meriah sehinggakan lupa untuk balik.



Comments

Popular Posts