Raya Kedua
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Saya mendoakan semua berada dalam keadaan sihat-sihat sahaja.
Pada hari raya kedua, aku bangun pada pukul 6.20 juga dikejutkan oleh bapaku untuk menunaikan solat di surau. Sebaik sahaja pulang, aku terus membantu ibuku di dapur untuk memasak. Maklumlah ada marhaban pagi nanti. Semua ahli keluarga aku turut membantu untuk mempercepatkan proses penyediaan makanan.
Alhamdulillah semuanya sempat disiapkan dengan sempurna. Makanan sedap-sedap sudah terhidang. Ayam adalah makanan yang wajib ada. Selain itu, nasi hujan panas juga turut disediakan. sayur pencuk juga telah dihidangkan. Semuanya sedap-sedap belaka. Setelah semua makanan siap dihidangkan, aku tertidur di atas katil yang empuk kerana begitu penat.
Pada waktu petang, ibu saudaraku datang berkunjung ke rumah. Dia adalah adik kepada ibuku. Dia mempunyai 3 orang anak dan semuanya ada ketika berkunjung. Boleh dikatakan yang anak dia rapat dengan aku. Hal ini kerana kami mempunyai minat yang sama iaitu bermain game. Abangku yang sulong pergi beraya di rumah mertuanya manakala abangku yang kedua pula balik ke rumahnya di Merlimau. Agak sedih juga kerana tiada anak buah untuk bermain bersama. huhu.
Pada waktu malam, kami hanya duduk di rumah sahaja. Kami tidak keluar ke mana-mana. Maklumlah ibuku penat memasak dan melayan tetamu yang datang ke rumah. Walaubagaimanapun, hari ini akan tetap menjadi kenangan yang indah buatku.

Comments
Post a Comment