Ramadhan ke-25 : Kali pertama berbuka puasa di Johor

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Saya mendoakan semua berada dalam keadaan sihat-sihat sahaja.

        Sepanjang bulan Ramadhan, aku berpuasa di Selangor. Aku tidak pulang ke rumah untuk sekian lama dan akhirnya dapat pulang dengan cuti sebanyak 10 hari. 10 hari tu termasuk puasa dan raya. Percutian yang agak singkat, namun berbaloi dapat pulang ke rumah untuk bersama keluarga. Walaubagaimanapun, final exam adalah selepas percutian 10 hari ni. Maka, aku tak terlalu enjoy percutian kali ni tapi raya tetap raya.

        Ibuku seorang suri rumah yang rajin. Pada waktu lapangnya, dia akan menjahit baju atau pun membuat kuih frozen untuk dijual di kedai seperti karipap, donat dan lain-lain lagi. Pada bulan Ramadhan ini, ibuku mengambil tempahan masakan untuk kakakku dan juga kawannya di tempat kerja di supermarket. Dalam lebih kurang purata sehari 10 bungkus.Walaupun agak sedikit, tetapi ianya berkualiti.

        Aku yang pertama kali pulang ke rumah ramdhan kali ni turut membantu ibuku menyediakan makanan untuk dijual. Kesian ibuku penat mencari rezeki.Pagi membuat kuih, petang memasak pula. Nasib baiklah bapaku sudah pencen. Dialah yang membantu ibuku setiap hari dan menghantar makanan tersebut kepada kakakku.

        Jam menunjukkan pukul 7.10 malam dan hanya tinggal 5 minit sahaja lagi untuk berbuka puasa. Maklumlah, Johor lebih awal sedikit berbanding Selangor. Semua telah pun berkumpul untuk berbuka bersama-sama. Tepat jam 7.15, doa pun dibacakan oleh bapaku dan kami semua pun makan makanan yang disediakan. Kesedapan makanan tersebut tidak terhingga kerana berbuka puasa kali pertama dengan masakan ibuku. Huhu.





Comments

Popular Posts