Persiapan malam raya

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Saya mendoakan semua berada dalam keadaan sihat-sihat sahaja.

        Seperti orang lain juga, malam raya adalah malam yang sangat sibuk. Mengemas rumah, memasak dan lain-lain lagi adalah perkara yang wajib pada malam raya. Aku ingin berkongsikan sedikit pengalamanku untuk malam raya tahun 2019.

        Tanggungjawab setiap orang adalah seperti berikut. Ibuku menguruskan dapur, aku dan bapaku menguruskan ruang hadapan dan akakku pula membeli barang persiapan raya. Barang- barang seperti ketupat dan mancis adalah tugas akakku membelinya.

        Kisah yang kelakar pada malam ini ialah aku dan bapaku mengangkat meja yang besar dari dapur ke ruang tamu tanpa ibuku perasan. Sepatutnya aku dan bapaku mengangkat meja yang lagi satu dan bukannya meja itu. Maka, dengan gelak bercampur penat terpaksa pulangkan meja tu dan mengangkat meja lagi satu ke hadapan. Hahahaha.

        Aku kasihan kepada ibuku kerana dia yang bertungkus lumus menyiapkan semuanya. Banyak kerja dia lakukan sendirian. Pasti dia terasa penat. Walaupun ibuku nampak kecil, namun dia berjiwa besar. Mungkin kerana dia tahu tanggungjawab sebagai seorang ibu. Kalau aku juga, aku x sanggup. Nasib baik aku lelaki. Hahaha. Sampaikan pada satu ketika, ibuku belum siap membasuh pinggan tetapi telah berpindah untuk menyapu sampah. Aku yang sedar pinggan yang masih diseliputi sabun membilas dan menyusun pinggan di rak pinggan.

Comments

Popular Posts