Pengalaman pahit manis ketika bercuti di Melaka (23 Ogos 2018 - 25 Ogos 2018)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Saya mendoakan semua berada dalam keadaan sihat-sihat sahaja.
Keluargaku jarang sekali untuk pergi bercuti ke mana-mana. Maklumlah masing-masing kadang-kadang sibuk dengan kerja sehingakan tiada masa untuk meluangkan bersama. Pada cerita kali ini, aku ingin menceritakan tentang pengalamanku sepanjang bercuti di Melaka bersama keluargaku pada 23 Ogos 2018 sehingga 25 Ogos 2018. Ketika ini, aku belum memasuki Universiti lagi kerana baru berakhir program Matrikulasiku. Maka, sudah tentu aku free pada waktu itu. Kami memang sudah membuat perancangan awal untuk bercuti. Namun, seorang akakku dan seorang akak iparku tidak dapat join bersama kerana perlu bekerja. Jadi, hanya 10 orang sahaja termasuk 3 orang anak buahku.

Pada hari pertama percutian, kami tiba di Melaka dan terus menuju ke Zoo melaka. Pergi ke zoo memang seronok jika kita bawa budak-budak. Mereka boleh mengenal haiwan dan melihat haiwan dengan mata mereka sendiri secara berhadapan. Memang seronok berjalan di zoo. Namun, agak penat juga kerana zoo yang luas.

Setelah habis melihat haiwan di zoo, kami pergi pula ke Taman Burung kerana kami membeli pakej Zoo dan Taman Burung sekali. Di sana, kelihatan Taman Burung tidak ramai orang kerana banyak fasiliti yang tidak dapat digunakan seperti jambatan di atas kerana tergendala. Namun, disebabkan kami sudah membayar, maka kami enjoy sahaja melihat burung-burung tanpa menggunakan kemudahan yang ada.

Pada waktu petang, kami menziarahi saudara di Melaka. Kami diberikan makanan yang sedap di rumahnya. Kami menyewa homestay di Melaka yang begitu cantik dan selesa. Maklumlah, pilihan akakku, seorang yang cerewet bab-bab keselesaan ni hahahaha.
Pada hari kedua pula bersamaan 24 Ogos 2018, kami bersarapan dahulu sebelum pergi ke Water Theme Park. Tempat yang paling aku gemari ketika percutian. Dapat main air dan gelongsor. Namun, ada satu pengalaman yang aku tak akan lupa. Aku membawa seorang anak buah bersamaku dan abangku membawa anaknya. Kami bermain di tempat bernama Lazy River di mana air di situ tenang dan berombak sedikit. Ketika melalui satu tempat tu di mana tempat air besar dicurahkan untuk membentuk sebuah ombak di Lazy River, ada seorang pengawal keselamatan tu menyuruh kami ke hadapan sedikit kerana ombak akan dilepaskan tak lama lagi. Namun, percakapan pengawal keselamatan tersebut tidak kedengaran dan sampai kepada kami. Kami berdua yang sedang tertanya-tanya sesama sendiri apakah yang diperkatakan oleh pengawal itu tadi menjadi blur. Ketika kami melalui sebuah terowong, tiba-tiba, ombak besar datang daripada belakang dan aku bersama anak buahku tenggelam kerana ombak yang memukul pelampung kami terlalu kuat. Abangku dapat mengawal pelampungnya. Tetapi aku bersama anak buahku tidak. Aku tidak bersiap sedia dengan kehadiran ombak tersebut. Walaupun aku dan anak buahku tenggelam di dalam air dan aku berpusing sebanyak sekali, namun aku tidak melepaskan pelukan aku ke anak buahku. Ketika aku cuba untuk berdiri, gelora ombak datang lagi dan menolak kakiku dan kakiku tidak dapat menjejak ke lantai. Kemudian, aku cuba lagi untuk menjejakkan kaki ke lantai dan alhamdulillah aku berjaya dan serta merta aku terus angkat anak buahku ke atas kerana risau dia yang tidak tahan bernafas di dalam air. Selepas itu, aku dan abangku keluar daripada Lazy River tersebut dan berehat di tepi. Kelihatan anak buahku pucat dan sepertinya dia trauma untuk bermain air. Aku berasa kesian padanya. Namun selepas itu dia kembali seperti biasa.
Pada 25 Ogos, iaitu hari terakhir percutian kami, kami pergi ke The Shore. Di sana, kami melihat banyak hidupan laut seperti ikan, ketam dan ada juga yang aku tak pernah jumpa. Kami juga diberi peluang untuk memberi makan kepada ikan tersebut. Ada juga beberapa spesis yang kami boleh pegang. Tempatnya amat nyaman kerana tema berwarna biru laut. Rasa tenang sahaja apabila berada di sini. Dalamnya juga ada sebahagian dibuat seakan-akan muzium.


Setelah itu, kami pun bertolak pulang ke rumah. Aku berasa sangat seronok kerana bukan selalu dapat bercuti bersama keluarga. Mungkin setahun hanya sekali atau pun dua tahun sekali. Aku harap, tahun ni pun kami sekeluarga akan pergi bercuti. Dapatlah aku hilangkan sikit stress belajar hahahahaha.
Begitulah perkongsian aku pada kali ini. Terima kasih kepada yang sudi membaca karanganku ini.








Comments
Post a Comment