Nasihat buat sahabat

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Saya mendoakan semua berada dalam keadaan sihat-sihat sahaja.

        Jagalah kewajipan yang fardhu. Solat jangan pernah tinggal dan mestilah di awal waktu. Jangan melambatkannya walaupun sekali kerana jika tidak, kita akan terbiasa dengan solat di akhir waktu. Dunia hanyalah sementara sedangkan akhirat kekal selamanya. Sudah jelas tiada yang lebih penting daripada menghadap Ilahi, Tuhan sekalian alam. Tunaikanlah zakat kerana setiap harta kita, ada hak orang lain. Jika kita memberi, Tuhan rahmati dan akan tambah lagi. Jangan pernah menganggap Tuhan itu kedekut kerana jika Tuhan kedekut, mungkin tiada lagi rezeki kita pada hari ini. Kesihatan juga adalah rezeki daripada Tuhan.


        Hormati orang yang lebih tua daripada kita terutama ibu bapa kita kerana orang tua lebih banyak pengalaman daripada kita. Ibu bapa hanya mengiginkan yang terbaik buat anak-anak. Jika kita tak setuju, janganlah kita mencaci atau memarahi mereka kerana mereka hanya mahu melihat kita bahagia dan cadangan mereka itu pasti ada sebabnya. Ibu bapa telah membesarkan kita dengan titik peluh mereka. Kita tiada sebab untuk bertindak kurang ajar dengan mereka. Jagalah hati mereka kerana hati mereka ibarat kaca yang mudah pecah walaupun tersinggul sedikit. Mereka adalah syurga kita. Jika kita tak menghormati mereka, jangan harap nak cium bau syurga.


        Jagalah maruah diri kerana itu tanggungjawab sendiri sebagai khalifah di muka bumi. Jangan gadaikan maruah untuk sesuatu. Maruah diri itu penting terutama yang wanita, Islam telah memartabatkan maruah kaum wanita. Ketika zaman jahiliah dahulu maruah wanita tidak terjaga. Namun, dengan kedatangan agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. , wanita menjadi orang yang mempunyai maruah diri yang tinggi. Oleh itu, janganlah sesekali kamu menggadaikan maruah kamu demi duniawi yang sementara.


Comments

Popular Posts