Minggu Perkampungan

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Saya mendoakan semua berada dalam keadaan sihat-sihat sahaja.


        Waktu aku mula-mula masuk UKM, aku menyertai Sekretariat Akademik dan Penerbitan. Aku menyertainya pun kerana kawan baru aku di UKM yang ajak. Aku pun pergi lah ke temuduga pemilihan calon. Alhamdulillah rezeki dapat masuk sekretariat untuk belajar benda baharu dan pengalaman baru.

        Pada sem 1, sekretariat tidak begitu aktif atas sebab-sebab tertentu. Hanya ada mesyuarat kecil-kecilan sahaja. Masuk sahaja sem 2, sekretariat mula bergiat aktif. Kisah bersama sekretariat bermula pada minggu perkampungan sekretariat iaitu seminggu sebelum bermulanya semester 2. Perkampungan sekretariat bertujuan untuk mempersiapkan proposal untuk menganjurkan sesuatu majlis. Pada awalnya, kami merancang untuk mengadakan lawatan ke Universiti di Singapore. Walaubagaimanapun, rancangan itu terpaksa dibatalkan atas sebab kami tidak mendapat maklum balas mengenai lawatan tersebut daripada pihak Universiti di Singapore.

        Ahli sekretariat berasa agak sedih dan kesal juga kerana menganggap minggu perkampungan adalah sia-sia. Maklumlah rancangan lawatan ke Singapore dibatalkan. Namun demikian, aku tak rasa seperti itu kerana sepanjang minggu perkampungan, aku dapat lebih mengenali ahli sekretariat aku dengan lebih dekat dan rupanya mereka semua pandai berjenaka yang membuatkan aku ketawa dan tidak bosan. Ada satu hari tu, semua ahli sekretariat akademik yang menyertai minggu perkampungan keluar pergi ke IOI untuk release stress orang kata. Di IOI, kami menonton wayang bertajuk ; Alita The Battle Angel bersama-sama iaitu seramai 11 orang. Kisah dia berakhir dengan agak sedih kerana kematian heronya. Selepas itu, kami semua pergi ke kedai untuk makan. 

        Perkampungan sekretariat terus berlangsung dan pada hari terakhir perkampungan sekretariat pula, kami pergi ke Mcd pada pukul 12 tengah malam dan pulang pada pukul 4 pagi. Itu adalah kali pertama aku pergi keluar lepak sehingga larut malam. Nasib baik keesokan harinya adalah hari cuti. Maka aku boleh qada tidur selepas subuh. Sepanjang berada di Mcd, seorang senior daripada sekretariat aku bercerita kisah-kisah seram yang pernah berlaku di UKM. Memang agak seram juga lah aku dengar kerana pada waktu malam yang sunyi pula tu. Kebanyakan pelajar-pelajar belum balik di UKM lagi. Hanya pelajar yang mempunyai tanggungjawab sekretariat sahaja yang menyertai perkampungan. Jadinya memang agak seram sedikit hahaha.

Begitulah ceritaku pada kali ini. Pengalaman pahit manis dalam sekretariat ini akan menjadi kenangan pada diriku nanti.


Comments

Popular Posts