Menyambut bulan Ramadhan di Negeri Orang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Saya mendoakan semua berada dalam keadaan sihat-sihat sahaja.

        Sedih atau gembira? Aku juga tidak tahu. Kali pertama berpuasa di negeri orang. Sepanjang hidup aku tak pernah lagi berpuasa selain di Johor. Namun, disebabkan aku menuntut di UKM Bangi, maka sudah tentu aku perlu menyambut Ramdhan di Selangor. Sepeti tahun lepas, sebulan penuh aku berpuasa di Johor dan bersama keluargaku. Tetapi pada tahun ini, lain dan luar biasa.

        Namun demikian, aku biasakan diri dengan keadaan sekitarku. Nasib baik aku mempunyai kawan-kawan di sampingku. Aku tak dapat bayangkan diriku sendirian di negeri orang. Hahahaha. Walaubagaimanapun, bulan Ramadhan perlulah disambut dengan meriah.

        Di Kolej Keris Mas, di mana tempat aku menetap di Selangor, telah diadakan majlis iftar yang menyediakan makanan untuk orang berbuka puasa. Pada mulanya, aku tidak begitu tertarik. Namun, kawanku mengajakku dan aku mula terjebak dengan majlis ini. hampir 10 hari juga aku berbuka puasa di sini. Makanan dihidangkan di atas dulang untuk dikongsi bersama seramai 4 atau 5 orang. Setiap hari aku rasa sangat kenyang kerana makanan yang banyak. Selain dapat menjimatkan duit, ianya juga dapat mengeratkan silaturrahim.

        Benda yang baik mestilah dikongsi bersama, benda yang jahat pula mestilah dijauhi bersama. Begitulah kata-kata hikmat daripada diriku sendiri.

Comments

Popular Posts