Kelebihan Solat Sunat Dhuha

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Saya mendoakan semua berada dalam keadaan sihat-sihat sahaja.

        Pada kali ini, aku ingin berkongsi tentang kelebihan solat sunat Dhuha. Solat sunat Dhuha adalah solat yang dilakukan bermula daripada pukul 8 sehingga 12 tengahari (waktu yang kerap aku lakukan). Solat Dhuha ni banyak kelebihannya. Seperti yang kita tahu, solat sunat ni adalah bertujuan untuk meminta rezeki kepada Allah. Luas manakah skop "rezeki" itu? Rezeki itu luas dan bukannya hanya berkaitan wang semata-mata. Jika kita lihat lebih mendalam lagi, kesihatan yang baik itu juga merupakan rezeki. Rezeki kita sihat pada hari ini. Tidak semua orang sihat pada hari ini. Ada yang sakit, ada yang ditimpa kemalangan dan sebagainya. Dengan solat sunat Dhuha, kita akan mendapat rezeki yang tidak terjangka.

Gambar anak-anak buahku yang sedang mengaplikasikan solat
p.s. : gambar hanyalah sekadar hiasan
Aku ingin menceritakan pengalaman aku sepanjang aku mengamalkan solat sunat Dhuha ni. Aku bermula kenal dengan solat sunat ini adalah pada tingkatan 3 iaitu 15 tahun. Aku yang mengambil aliran arab memang kelihatan kelasku agak baik orangnya. Pada setiap waktu rehat, semua murid di kelasku akan menuju ke surau terlebih dahulu untuk menunaikan solat dhuha. Pada awalnya, kami solat berjemaah dan selepas itu, kami solat berseorangan. Daripada menunggu beratur panjang di kantin untuk membeli makanan, lebih baik kami solat sunat terlebih dahulu. Dapatlah juga memanfaatkan masa yang ada. Pada baru-baru ini, ketika aku hendak pulang ke UKM, aku solat sunat terlebih dahulu sebelum pulang. Pada awalnya, ibu dan bapaku sedang berbincang tentang soal wang untuk memberi kepadaku dan menghantar aku pulang. Mungkin mereka sedang kesuntukan duit maklumlah hari raya, jadi mereka perlu menggunakan duit yang lebih pada bulan ini. Aku berasa sedikit malu juga kerana menyusahkan ibu dan bapaku. Tidak semena-mena, tiba-tiba penyewa rumah yang menyewa rumah kami hendak membayar sewanya tepat pada waktu itu juga. Dengan pembayaran sewa itu, maka masalah kewangan tadi sudah pun selesai. Ibuku memberikan aku bonus lagi walaupun dia telah memberikan duit raya kepadaku sebelum ini. Aku bertambah malu menerimanya. Namun, rezeki jangan ditolak hehehehe.

        Kisah berikutnya adalah ketika kami diselamatkan daripada malapetaka. Pada hari itu, hujan renyai-renyai dan angin bertiup kencang. Kami sekeluarga hendak pergi pulang ke kampung. Kampung kami dari rumah tidaklah jauh sangat. Hanya beberapa kilometer sahaja. Ketika kami hendak memulakan perjalanan, tiba-tiba tayar kereta terbenam di lumpur ketika di kawasan rumah kami. Mungkin kerana tanah yang tidak padat. Kami sekeluarga pun berusaha untuk menolak kereta supaya dapat keluar daripada lumpur tersebut. Setelah itu, kami pun meneruskan perjalanan. Ketika dalam perjalanan, kami melihat sebuah kereta terkandas di tepi kerana runtuhan pokok di atas keretanya. Kami berasa bersyukur kerana Allah telah menangguhkan perjalanan kami untuk menyelamatkan kami daripada runtuhan pokok tersebut. Sekiranya kami bertolak pada waktu tadi tanpa masalah tayar terbenam, sudah tentu kereta kamilah yang akan terkandas di situ. Tayar terbenam lebih baik daripada terkena runtuhan pokok kerana kos untuk membaiki kereta yang rosak daripada runtuhan pokok mungkin memerlukan duit yang banyak.

Comments

Popular Posts