Final sudah hampir

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Saya mendoakan semua berada dalam keadaan sihat-sihat sahaja.

        Benda yang paling ditakuti oleh pelajar adalah peperiksaan. Ya, peperiksaan adalah sesuatu yang merisaukan semua orang. Ianya menguji seseorang sama ada dia faham atau tidak. Walaupun ianya hanya sekadar kertas, namun ianya boleh menentukan masa hadapan seseorang. Bagi aku pula, aku risau peperiksaan kerana perlu duduk dan senyap di dewan peperiksaan. Aku hanya berdebar ketika sebelum masuk dewan peperiksaan. Namun, ketika sudah duduk, aku rasa tenang kerana suasana yang sunyi.

        Peperiksaan final bermula pada 10 June ini. Aku yang beraya sakan ni rasa macam tak sedia lagi nak jawab. Buku pun aku tak usik lagi. Maklumlah, raya kan. Siapa je yang sanggup menggadaikan raya untuk ulangkaji. Aku sudah biasa study last minute sebab aku ni seorang yang mudah lupa. So, kalau aku study last minute, aku akan ingat. Namun, sebaik sahaja keluar daripada dewan peperiksaan, aku akan melupakan segalanya. Study Smart lebih baik daripada Study Hard. Study Hard akan membuatkan seseorang itu terlampau stress.


        Sebagai seorang pelajar, sudah tentu aku ada azam untuk mendapatkan keputusan yang terbaik. Aku ingin membuat ibu bapaku bangga. Ibu bapaku bersusah payah mencari duit dan memberikan ku duit sekiranya aku kekurangan. Aku tak ingin mengecewakan mereka. Mereka percayakan aku untuk belajar di UKM. Aku harap aku dipermudahkan untuk menjawab peperiksaan final pada kali ini dan seterusnya.

        Akhir kata, doakan kejayaan aku di dunia dan di akhirat serta aku doakan semua orang akan mencapai cita-cita masing-masing. Kadang-kadang, kita dpt pointer bagus tapi tak dapat kerja. Ada orang pointer rendah tapi dapat kerja bagus dan kaya-raya. Orang kata sebab rezeki masing-masing. Memang betul lah kerana rezeki semua orang telah tercatat di Luh Mahfuz sebelum kita lahir lagi. Maka, kita perlu berusaha untuk menjadi yang lebih baik daripada semalam di samping berusaha mendapatkan pekerjaan yang baik untuk berbakti kepada diri, keluarga, bangsa, dan negara.

Comments

Popular Posts