Binatang ternakan adalah teman
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Saya mendoakan semua berada dalam keadaan sihat-sihat sahaja.
Normal sekiranya di sesuatu rumah itu, tuan rumah membela kucing. Hal ini kerana kucing boleh menjadi sahabat dan peneman kepada seseorang. Kucing juga kadang-kadang memahami kita dan buat kita gembira. Pada keluarga ku, kami tidak membela kucing. Hal ini kerana kucingku hilang dan mati kerana sakit. Namun, kami membela ayam dan itik. Ayam dan itik ni pun tak kurang dia punya lucu.
Ibu bapa serta abangku sangat suka untuk membela ayam dan itik. Hal ini kerana mereka rasa seronok dapat bermain dengan mereka. Kadang-kadang, ada sesetengah ayam yang jenis agresif. Dia akan mengejar kita sekiranya ternampak kita dan mematuk kita. Mungkin sebagai tanda ramah mesra. Ini membuatkan kita semakin sayang kepada haiwan ternakan kita. Walaupun dia mematuk ianya tidaklah berasa terlalu sakit hahaha.

Gambar di atas menunjukkan haiwan ternakanku. Sebenarnya, ada banyak lagi ayam yang dibela. Namun, hanya seekor ni sahaja yang duduk diam dalam tempat tertutup ni sedangkan yang lain telah keluar untuk bersiar-siar. Hanya itik sahaja yang tidak keluar kerana risau itik tidak pandai pulang sendiri. Jika pintu dibuka sekali pun, itik-itikku juga tidak mahu keluar kerana mungkin sudah terbiasa hidup di dalam ni.

Comments
Post a Comment