Bazar Parit Raja, Batu Pahat

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Saya mendoakan semua berada dalam keadaan sihat-sihat sahaja.

        Pada malam dua hari sebelum raya, aku sekeluarga berbuka puasa di rumah mak cikku dan kesemua ahli keluarga besar hadir. Inilah kali pertama untuk tahun ni kami semua berkumpul berbuka puasa bersama. Ada 4 keluarga besar. Keluarga aku ada 7 orang ahli, keluarga Mak Ngah aku ada 4 orang, keluarga Mak Uda aku ada 5 orang dan Mak Su aku ada 7 orang. Ahli yang aku nyatakan tak ditambah dengan ipar.


Kami menunaikan solat waktu maghrib secara berjemaah walaupun agak sempit kerana bilangan kami yang terlalu ramai. Setelah itu, kami semua berbual antara satu sama lain untuk mengeratkan hubungan silaturrahim.


Pada waktu malam, lebih kurang pukul 10, tiba-tiba ibuku membuat keputusan untuk pergi ke bazar di mana tempat yang luas yang ada jual bermacam-macam barang dijual. Tanpa membuang masa, kami terus bertolak pergi ke bazar. Di sana, terdapat ramai orang. Nasib baik ada banyak tempat parking disediakan walaupun dikenakan bayaran sebanyak RM5 sebuah kereta.

        Di bazar, terdapat banyak barang-barang untuk persiapan raya disediakan. Contohnya, alas kaki, alas meja, bunga, mercun, dan banyak lagi. Dalam banyak-banyak barang, ibuku hanya membeli alas kaki dan alas meja sahaja. Aku yang tak biasa berjalan ni penat berjalan pusing-pusing di bazar. Tapi tak apa. Bukan selalu pun hahahaha.

Comments

Popular Posts