Perkara pertama yang perlu diketahui dalam Mobile Legends

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Saya mendoakan semua berada dalam keadaan sihat-sihat sahaja.

        "Welcome To Mobile Legends!" Itu lah ayat pertama yang akan kita dengar sebelum bermulanya sesuatu perlawanan. Mobile Legends adalah suatu game yang memerlukan strategi dalam perlawanan di samping memerlukan kerjasama antara setiap ahli pasukan untuk mencapai kemenangan. Kemenangan dalam Mobile Legend bukanlah diukur berdasarkan bunuh terbanyak atau pun assist terbanyak tetapi sebuah kumpulan itu menang sekiranya base musuh hancur. Jadinya, kumpulan yang terbaik dalam merancang strategi sudah pasti akan menang. Game ini memerlukan 5 orang pemain dalam satu masa. 5 orang adalah nombor yang banyak. Ianya memang sukar untuk memastikan setiap ahli kumpulan memberikan kerjasama yang tinggi. Tips untuk menjadi sebuah kumpulan yang baik adalah dengan kerap bermain bersama. Hal ini dapat meningkatkan persefahaman antara ahli kumpulan dan lebih mempercayai satu sama lain. Sikap yang positif pasti akan membawa kepada pengakhiran yang positif juga.


        Perkara pertama yang perlu kita ketahui sebelum bermain Mobile Legends adalah tentang role hero. Terdapat beberapa role hero dalam game ini. Antaranya ialah Tank, Fighter, Assassin, Marksman, Mage, dan juga Support. Setiap satu ini memainkan peranan yang penting dalam sebuah kumpulan. Kumpulan yang lengkap biasanya terdiri daripada Tank, Fighter, Assassin, Marksman dan Mage/Support. Mage/Support mempunyai peranan yang hampir serupa sebab tu digalakkan hanya pilih salah satu sahaja dalam sesuatu perlawanan. Walaubagaimanapun, semua ketetapan tersebut boleh berubah-ubah mengikut kesesuaian.

        Tank merupakan hero yang kebal. Secara umumnya, tank mempunyai hp yang banyak. Hal ini membuatkan tank amat sesuai untuk berada di barisan pertama ketika team war kerana ketahanan yang lebih tinggi berbanding role hero yang lain. Walaubagaimanapun, damage yang dihasilkan oleh tank adalah rendah berbanding yang lain. Hal ini membuatkan tank tidak sesuai untuk bergerak sendirian kerana dia tidak efektif sekiranya tiada hero role lain yang membantunya. 


        Fighter adalah hero yang mempunyai hp yang lebih sedikit berbanding hero yang lain tetapi tidak setanding hp tank. Fighter mempunyai damage yang sederhana. Secara umumnya, fighter berlawan dalam jarak yang dekat. Oleh itu, fighter perlu lebih peka terhadap halangan yang akan dihadapi ketika di barisan hadapan.


        Assassin merupakan hero killer. Assassin mempunyai hp yang sedikit tetapi mempunyai damage yang tinggi. Disebabkan hp yang sedikit, assassin perlu bijak dalam perlawanan. Assassin seharusnya masuk dalam team war ketika hp musuh tinggal sedikit dan bukannya berada di barisan hadapan kerana assassin mudah mati.


        Marksman merupakan role yang paling penting dalam sesuatu perlawanan. Marksman mempunyai hp yang sedikit tetapi damage yang banyak seperti assassin. Marksman adalah hero jarak jauh. Marksman berperanan penting untuk memusnahkan base musuh kerana damage yang dihasilkan adalah tinggi. Tetapi marksman perlu berhati-hati kerana assassin yang bijak, dengan mudah boleh membunuhnya. Oleh itu, marksman yang bijak akan menjaga jaraknya.


        Mage adalah hero yang menghasilkan magical damage, berbeza dengan marksman. Walaupun kedua role ini berjarak jauh, namun damage yang dihasilkan adalah berlainan jenis. Seperti marksman, mage mempunyai hp yang sedikit tetapi damage yang tinggi. 



        Support adalah hero jenis membantu. Ianya membantu dari segi pertahanan atau pun penyerangan. Hero support sesuai combo dengan hero fighter atau pun assassin. Pastikan hero support tidak combo dengan tank kerana ianya kurang efektif. 

Comments

Popular Posts