Percutian di Perak
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Saya mendoakan semua berada dalam keadaan sihat-sihat sahaja.
Pada 30 Mac 2019, aku telah pergi ke Perak untuk menghadiri majlis perkahwinan sedara belah ayah aku. Aku ingin menceritakan serba sedikit tentang pengalaman di Perak. Kisah aku bermula pada waktu pagi sabtu. Keluarga aku mengambil aku di UKM dan kami mula bertolak dari UKM pada pukul 10 pagi. Perjalanan ke Perak bukanlah perjalanan yang dekat. Ianya memakan masa beberapa jam.
Pada 30 Mac 2019, aku telah pergi ke Perak untuk menghadiri majlis perkahwinan sedara belah ayah aku. Aku ingin menceritakan serba sedikit tentang pengalaman di Perak. Kisah aku bermula pada waktu pagi sabtu. Keluarga aku mengambil aku di UKM dan kami mula bertolak dari UKM pada pukul 10 pagi. Perjalanan ke Perak bukanlah perjalanan yang dekat. Ianya memakan masa beberapa jam.
Pada waktu Zuhur, kami berhenti sebentar untuk menunaikan solat jamak qasar di Masjid Kuala Selangor. Kami meneruskan kembali perjalanan ke Perak. Telefon pintar aku dijadikan sebagai rujukan GPS. Maklumlah dah lama tak balik Perak. Tambahan lagi, aplikasi Waze ini memberikan kita arah laluan yang kurang sesak dan mempercepatkan perjalanan kami. Majlis perkahwinan berlangsung pada keesokan harinya tetapi kami datang pada waktu petang sehari sebelum majlis. Rewang lah katakan.
Pada waktu malam, kami tidur di Hotel Top Garden. Hotel ni boleh dikatakan mewah jugakla. Biliknya pun cantik dan berseni. Harganya pun berpatutan. Sekitar RM120 sahaja. Antara seni yang terdapat di hotel tersebut adalah kain yang dibentuk menjadi seekor gajah. Ada juga yang berbentuk seekor swan. Hotel itu juga dihiasi dengan tumbuhan-tumbuhan kecil yang dijaga rapi. Receptionistnya pun ramah dan baik. Senang cerita, kami memang berpuas hati lah tidur di situ. Pada waktu malam, kami sekeluarga hanya duduk bersantai menonton televisyen di hotel sahaja. Maklumlah masing-masing penat kerana perjalanan yang agak panjang dan sudah terlalu selesa berada di hotel yang nyaman tambah pula dengan penghawa dingin, fuhhh memang selesa.
Pada keesokan pagi pula, kami sekeluarga begitu keberatan untuk keluar daripada hotel. Namun, apakan daya perlu keluar juga. Hahahaha. Sebelum keluar, kami mengambil gambar sebagai kenangan di sudut-sudut tertentu yang cantik walaupun kesemuanya cantik hahaha. Kami memulakan perjalanan ke majlis perkahwinan. Setelah sampai, aku jumpa dengan ramai sedara-sedara sehinggakan ada yang aku sendiri tidak kenali. Kali terakhir aku pergi Perak adalah 2 tahun lalu. Maka aku pun berbual lah dengan sedara dan pakcik aku tetapi rasa sedikit janggal kerana jarang jumpa. Tetapi aku cuba juga untuk berbual. Pada pukul 2, kami mula bersalaman untuk meminta diri pulang. Aku pun dihantar pulang ke UKM manakala keluargaku pulang ke Johor.
Begitu lah serba sedikit perkongsian aku untuk kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca. :)




Comments
Post a Comment