Pengalaman di Matrikulasi
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Saya mendoakan semua berada dalam keadaan sihat-sihat sahaja.
Pada perkongsian kali ini, aku nak menceritakan tentang suka duka aku ketika berada di matrikulasi dulu. Setelah tamat persekolahan, aku sambung belajar di Kolej Matrikulasi Johor.
Pada perkongsian kali ini, aku nak menceritakan tentang suka duka aku ketika berada di matrikulasi dulu. Setelah tamat persekolahan, aku sambung belajar di Kolej Matrikulasi Johor.
Kisah ku bermula pada bulan Ramadan. Kali pertama masuk asrama, aku rasa teruja dan perasaan itu bercampur dengan takut dan juga lain-lain lagi. Maklumlah kali pertama masuk asrama kan. Selama ni aku tak pernah lagi berpisah dengan keluarga, lagi-lagi mak aku yang paling aku rapat. Walaubagaimanapun, perasaan itu semua aku redakan dengan mengubah fikiran untuk berseronok dan bergembira. Selain aku, terdapat lagi beberapa kawan yang daripada sekolah menengah yang sama dengan aku, lagi-lagi kawan baik aku iaitu Arrif dan juga Raihan. Aku mula rapat dengan mereka ketika tingkatan 4 walaupun telah berjumpa banyak kali sebelum itu. Maka, aku pun tidak begitu risau dan takut kerana ada kawan.
![]() |
| Berbaju hitam : Arrif Berbaju terang : Raihan |
Seperti biasa, waktu minggu pertama kita masuk ke asrama, memang wajib ada minggu orientasi, iaitu minggu suai kenal dengan kawasan kolej dan juga mencari kawan. Sebaik sahaja aku sampai di kolej, aku mendaftarkan diri di kaunter yang disediakan. Setelah selesai, keluarga aku pun membantu aku membawa barangan keperluan aku ke dalam bilik. Aku tidak boleh lama dalam bilik kerana aku sudah terlewat untuk perjumpaan pertama minggu orientasi. Jadinya, aku terus pergi ke dataran manakala keluarga aku mengemas bilik aku dan menyusun barangan aku dan mereka terus balik. Pada waktu berbuka, makanan memang telah disediakan untuk kami semua. Aku berbuka puasa dengan kawan baik aku dan melupakan kerinduan pada rumah.
Pada waktu sahur pula, aku bangun untuk makan biskut dan air kotak sahaja kerana terlalu malas untuk turun ke kafe. Walaubagaimanapun, aku tidak berasa lapar pada waktu pagi. Dan begitulah aku melalui hari-hariku pada bulan Ramadan.
Pada hari-hari biasa pula, aku terlalu sibuk dengan kelas yang penuh. Waktu rehat hanya pada pukul 1 sehingga 2 petang sahaja. Waktu kelas pula daripada pukul 8 sehingga paling lewat pun 5. Memang penat tapi sebab dah biasa maka tidak rasa penatnya. Begitulah serba sedikit pengalaman aku di matrikulasi. Kenangan yang indah untuk disimpan.
![]() |
| Classmate A15 2017/2018 KMJ |




Comments
Post a Comment