Item dalam Mobile Legends
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Saya mendoakan semua berada dalam keadaan sihat-sihat sahaja.
Ramai yang tertanya-tanya apakah item yang paling sesuai untuk dibeli ketika dalam perlawanan Mobile Legends. Pada kali ini, kita akan membincangkan tentang item yang sesuai. Pertama sekali, dalam sesebuah perlawanan, kita boleh membeli item secara manual dengan mengklik di bahagian kanan atas dan pilih item apa yang hendak dibeli. Ramai pemain baru yang tidak tahu kelebihan membeli barang secara manual. Mereka selalu membeli barang secara automatik seperti yang telah ditetapkan sebelum sesebuah perlawanan dimulai. Perkara yang lebih teruk lagi, mereka hanya copy and paste item top player. Mereka seharusnya sedar bahawa gameplay top player adalah berbeza. Hal ini kurang efektif kerana musuh yang kita hadapi itu berbeza-beza dan memerlukan kita membeli item mengikut kesesuaian sesuatu perlawanan itu. Item amat penting dalam sesebuah perlawanan. Ianya mampu mempengaruhi keputusan akhir perlawanan.

Terdapat beberapa jenis item yang perlu diketahui. Antaranya ialah item physical damage, magical damage, defence, movement, dan jungle item. Kesemua jenis ini mempunyai peranan tersendiri.
Item physical damage adalah item yang memberikan pertambahan physical damage kepada penggunanya. Role hero yang sesuai membeli item ini sudah tentulah hero jenis physical damage. Tank, mage dan support secara umumnya tidak efektif membeli item physical damage. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kes khas yang membolehkan mage membeli item physical damage seperti hero bernama Kimmy.
Item magical damage pula sesuai digunakan oleh hero jenis magical damage seperti mage dan support. Item ini penting untuk menambahkan magical damage hero tersebut. Kebanyakan hero mage bergantung sepenuhnya kepada skill yang dimiliki. Oleh itu, mereka perlu membeli item cooldown reduction untuk mempercepatkan waktu mereka boleh menggunakan semula skill mereka.
Jika damage terbahagi kepada dua jenis iaitu physical dan juga magical, maka defence item juga terdiri daripada physical defence dan juga magical defence. Item counter physical adalah item physical defence manakala item counter magical adalah item magical defence. Tank adalah role yang paling sesuai untuk membeli item ini. Walaubagaimanapun, kadang-kadang fighter pun perlu membeli item defence juga. Semuanya mengikut kesesuaian perlawanan.
Seterusnya adalah movement. Siapa yang tidak tahu tentang kegunaan umum sesuatu kasut? Sudah tentu untuk menambahkan kelajuan dan keselesaan. HAHAHA. Setiap kasut akan memberikan sesuatu tambahan kepada penggunanya seperti hp, magic resist, dan lain-lain.
Terakhir sekali adalah item jungle. Item jungle ni berfungsi untuk menambahkan damage dan juga exp kepada penggunanya. Walaubagaimanapun, pembeli item ini terpaksa melepaskan item lain untuk mendapatkan item ini di awal perlawanan.

Comments
Post a Comment