COOLDOWN ; Rage, Mana, Energy.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Saya mendoakan semua berada dalam keadaan sihat-sihat sahaja.

Semua hero mempunyai skill tersendiri yang membezakan antara satu sama lain. Walaupun ada beberapa skill yang hampir sama konsepnya, namun ianya pasti terdapat perbezaan sedikit. 

        First of all, apakah itu cooldown? Cooldown adalah suatu tempoh masa yang diperlukan oleh hero untuk membolehkannya menggunakan sesuatu skill itu semula. Hal ini bagi memastikan game Mobile Legends ini lebih adil. Apa yang membuatkan game ini lebih adil? iaitu mewujudkan limit ke atas setiap hero sama ada dari rage (perlu kumpul bar merah untuk mengeluarkan skill yang lebih kuat), mana (memerlukan mana consumption untuk menghasilkan skill) ataupun energy (memerlukan energy consumption untuk menghasilkan skill). Setakat ini, setiap hero hanya mempunyai salah satu jenis sahaja daripada di atas. Bacaan rage, mana, dan stamina berada di bawah bacaan hp. Bacaan hp pula berada di bawah nama anda dalam perlawanan.

        Rage adalah suatu bar berwarna merah yang akan penuh sekiranya menyerang atau pun diserang bergantung kepada pasif beberapa hero tertentu seperti Minotaur, Hanzo, Argus dan Guinevere. Bagi hero-hero yang mempunyai rage bar, mereka tidak bergantung kepada mana dan energy kerana mereka tidak menggunakannya. Mereka hanya bergantung kepada cooldown + rage.

        Mana adalah bar berwarna biru yang diperlukan oleh majoriti hero untuk menghasilkan skill hero tersebut. Sekiranya kekurangan mana, maka hero itu tidak boleh mengeluarkan skillnya. Mana regeneration boleh dihasilkan daripada beberapa item yang terpilih. Oleh hal yang demikian, hero ini tidak perlu terlalu risau kehabisan mana kerana dengan mudah boleh diperoleh. Hero yang mempunyai limit mana ini tidak mempunyai rage ataupun stamina.

Bar berwarna merah : Rage
Bar berwarna biru : Mana

        Ciri-ciri Stamina pula ialah bar berwarna kuning yang tidak ada item khusus untuk regenerate kembali. Stamina boleh penuh sendiri tetapi perlukan sedikit masa atau mungkin perlu balik ke base untuk memenuhinya semula dengan cepat. Contoh hero yang menggunakan stamina adalah Fanny dan juga Lesley.

        Special Case berlaku ke atas beberapa hero yang tidak perlu bergantung kepada rage, mana atau pun energy. Wow! Hero seperti Martis hanya bergantung kepada cooldown untuk mengeluarkan skillnya. Namun, hero yang special ini kebiasaanya bermobiliti rendah. Hero yang special ini terdiri daripada beberapa fighter dan juga tank sahaja. Walaubagaimanapun, mereka mempunyai cooldown yang agak lama.

Bar berwarna kuning : Stamina
Tiada bar : Hanya bergantung kepada cooldown

Comments

Popular Posts