Hobi ku

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Saya mendoakan semua berada dalam keadaan sihat-sihat sahaja.

   Semua orang ada hobi masing-masing. Begitu juga aku. Hobi aku adalah bermain mobile games seperti Mobile Legends. Aku mula berminat untuk bermain game sejak daripada tadika lagi kerana pada waktu itu, abang aku memperkenalkan games kepada aku. Sehingga kini, aku tak pernah bosan dengan games. Maklumlah, ada sahaja game baru di Play Store. Aku mula bermain game pada tingkatan 3. Setelah PT3, ibuku membelikan aku sebuah telefon pintar Samsung Galaxy V. Game pertama yang aku main di telefon tu adalah Clash Of Clan sebab waktu tu games ni tengah popular. Seterusnya, aku bermain pelbagai game seperti Crisis Action, Sword Of Romance, Player Unknown Battleground dan lain-lain lagi. Tetapi kini, aku lebih fokus untuk bermain game Mobile Legends.

        Aku mula bermain Mobile Legends setelah tamat SPM. Waktu itu, abangku yang kenalkan game itu kepadaku. Tanpa membuang masa, aku terus download game tersebut dan bermainnya. Sehingga kini, sudah lebih 2 tahun aku bermain game tersebut. Aku akan mempengaruhi rakan-rakanku untuk bermain Mobile Legends denganku. Teringat kembali kenangan aku di matrikulasi. Ketika pertama kali aku masuk di sana, tak ada sorg pun classmate aku yang main Mobile Legends. Namun, aku terkejut kerana ketika study week bermula pada semester 1, seorang classmate aku dia chat aku dan mintak aku ajarkan dia cara untuk bermain Mobile Legends. Dengan berbesar hati, aku pun mengajarnya. Sedikit demi sedikit, classmate ku mula download games tersebut sehinggakan ketika tamatnya program matrikulasi, hampir kesemua classmate aku bermain Mobile Legends. Walaubagaimanapun, mereka semua telah sibuk dengan hal masing-masing dan tinggal hanya beberapa orang sahaja yang setia dengan game itu termasuk aku sendiri.

Comments

Popular Posts